Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di Meradong melalui kunjungan muhibbah ke beberapa buah kampung di Bintangor hari ini. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

Perpaduan Sarawak unik di mata dunia

BINTANGOR, 12 April: Sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat sebagai medium penting mampu membantu usaha kerajaan menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kehadiran kaum lain yang turut sama meraikan perayaan itu adalah sesuatu yang istimewa dan amat unik.

“Masyarakat berbeza bangsa dan agama memeriahkan perayaan ini bersama-sama dalam suasana yang cukup harmoni.

“Mungkin bagi kita di Sarawak, suasana seperti ini sudah menjadi kebiasaan namun tidak untuk mereka (pengunjung luar) yang pertama kali datang ke sini. Ia mungkin satu yang unik dan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan Aidilfitri ke Kampung Selemas, Darul Falah, Skim B Meradong dan Kampung Melayu Bintangor hari ini.

Menurut Kuong Hiing, masyarakat Sarawak yang hidup dalam sebuah keluarga besar, masih mampu mengekalkan keharmonian walaupun berbeza latar belakang, kebudayaan dan kepercayaan masing-masing.

Senario itu katanya, semakin terserlah terutama ketika sambutan perayaan apabila tidak hanya diraikan masyarakat Islam tetapi juga kaum lain yang turut sama memeriahkannya.

“Di Meradong misalnya, sambutan kali ini begitu meriah sekali. Yang jelas, semangat perpaduan yang lama tersemai dalam kalangan rakyat menyaksikan pelbagai perayaan disambut dengan aman dan harmoni.

“Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat khususnya di Meradong agar mengambil kesempatan dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk bersama-sama mempupuk nilai kasih sayang dan kebersamaan selaras dengan konsep kerajaan perpaduan,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyerahkan sumbangan geran khas Projek Pintu bernilai RM3,500 untuk Kampung Selemas, RM8,900 kepada Kampung Darul Falah Gemuan dan RM2,800 Kampung Melayu, Skim B Meradong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan