Search
Close this search box.
Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KIA) Terminal 1 penuh sesak dengan ramai penumpang terkandas sejak pagi tadi susulan syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak disebabkan letusan Gunung Ruang, Indonesia. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

CAAM keluar amaran bahaya debu gunung berapi menuju ke FIR Kota Kinabalu

PUTRAJAYA, 18 April: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi di Sulawesi Utara, Indonesia memberi impak kepada operasi penerbangan di Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan hari ini berkata maklumat keselamatan berkenaan dikeluarkan ekoran dari letusan Gunung Ruang, Manado, Sulawesi Utara, Indonesia yang mula meletus pada pukul 9.45 pagi pada Selasa, 16 April 2024.

Kenyataan juga menyatakan kesan letusan berkenaan turut menyebabkan terbentuknya awan debu yang bergerak menuju ke FIR Kota Kinabalu yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat di ruang udara berkenaan.

Sehubungan itu, CAAM menyarankan syarikat penerbangan dan pengendali pesawat untuk memantau secara berterusan perkembangan meteorologi, notis serta maklumat-maklumat berkaitan debu gunung berapi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai yang terlibat bagi penerbangan melibatkan kawasan berkenaan juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan mengenai perkembangan letusan gunung berapi dan status terkini jadual penerbangan.

Sementara itu, dalam tinjauan TVS hari ini mendapati, pesawat Batik Air OD1632 yang berlepas ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berpatah balik selepas kira-kira 30 minit berlepas dipercayai mengalami isu gangguan teknikal.

Pesawat itu yang sepatutnya berlepas pada jam 8:45 pagi tadi mengalami kelewatan penerbangan sekitar satu jam setengah susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia.

Wartawan TVS yang berada di KLIA mendapati para penumpang yang menaiki pesawat itu diminta untuk turun sejurus pesawat mendarat dan mereka diminta untuk mengatur semula jadual penerbangan di kaunter disediakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan