Search
Close this search box.
Jenazah Allahyarham Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi diusung oleh anggota TLDM untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga serta sanak saudara di Taman Bunga Tanjung Lekir hari ini. Foto Bernama

Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok

ByBernama

LUMUT, 24 April: Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.

Jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir dekat sini.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang ke rumah bapanya di Taman Bunga Tanjung, Lekir untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga serta sanak saudara dengan iringan Istiadat Kawalan Jenazah TLDM.

Jenazah kemudian disemadikan pada 9.25 malam selepas disembahyangkan sekali lagi di Masjid Al-Khairiah Batu 10, Lekir yang diimamkan oleh Imam 2 Mohamad Nizam Mohamad.

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak Salbiah Mohamed serta lebih 500 penduduk termasuk ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat setempat hadir ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41, selamat dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Jalan Ulu Nor, Sungai Bayor, Selama, kira-kira 9 malam.

Urusan pengebumian itu dihadiri kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta anggota TLDM.

Sementara itu, van yang membawa jasad Lt T. Sivasutan, 31, tiba di kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya di sini pada 5.52 petang.

Beberapa anggota TLDM mengusung keranda mendiang ke dalam rumah bagi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.

Menurut Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan jasad Sivasutan akan disemadikan esok, dan difahamkan upacara persemadian akan diadakan di Tanah Perkuburan Indah Sungai Wangi, Sitiawan pada 9 pagi.

Lapan jenazah mangsa beragama Islam termasuk jenazah Mohd Shahrizan dan Noorfarahimi disembahyangkan di Surau Jumaat Salahudin Al-Ayubi dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh kira-kira 6 petang.

Van yang membawa jenazah mangsa beragama Islam itu tiba di kem berkenaan pada 4.50 petang selepas proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selesai pada 2.20 petang sebelum dimandi dan dikafankan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan