Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Sarawak bagi Zon Selatan. Foto, TVS.

Bakal jemaah haji Sarawak sifatkan Kursus Perdana Haji lengkapi persediaan ke Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

KOTA SAMARAHAN, 28 April: Penganjuran Kursus Perdana Haji dianggap oleh bakal jemaah sebagai persiapan terakhir sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Majoriti bakal jemaah haji memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) itu kerana berupaya meningkatkan kefahaman mereka.

Salah seorang bakal jemaah, Iskandar Allan berkata, kursus selama dua hari itu baginya lebih praktikal dan mudah untuk difahami.

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada TH kerana telah menganjurkan kursus ini yang amat berkesan kerana kami (bakal jemaah) dapat merasai pengalaman secara langsung,” katanya kepada TVS.

Iskandar merupakan salah seorang daripada 600 bakal jemaah haji Zon Selatan Sarawak yang hadir kursus berkenaan di Pusat Islam Tun Salahuddin PITAS Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sementara itu Kamarulzaman Affendi pula menyifatkan kursus itu memberi manfaat besar kepada bakal jemaah haji untuk mempelajari dengan lebih berkesan pelaksanaan ibadah berkenaan.

“Kursus ini sangat berguna kerana kita dapat membuat persediaan sewajarnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang di Tanah Suci, ” ujarnya.

Bagi Sumiyarti Sokam pula, pelaksanaan simulasi dalam kursus berkenaan telah memberi gambaran sebenar.

“Ini merupakan pengalaman yang berguna terutaman bagi mereka yang kali pertama akan menjejakkan kaki ke sana,” katanya.

Sharmilawati Ahmad pula memaklumkan aspek persediaan mental dan fizikal menjadi elemen terpenting untuk semua bakal jemaah haji sebelum berlepas ke Arab Saudi.

“Berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat saya yang telah mengejarkan ibadah haji dan perkongsian oleh TH sendiri, situasi di sana akan berubah kerana keadaan di sana tentunya lebih mencabar,” katanya.

Sementara itu Amalludin Abdul Rahim pula berkongsi rasa teruja dan bersyukur kerana berpeluang menghadiri kursus berkenaan.

“Kursus perdana ini bukan sekadar menambah ilmu pengetahuan malah mampu meningkatkan kefahaman untuk mendapatkan  ibadah haji yang mabrur,” katanya.

Bagi seluruh negara pula, TH memaklumkan seramai 31,600 bakal jemaah telah mengikuti kursus yang diadakan secara berperingkat bermula 20 April hingga 5 Mei 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan