Search
Close this search box.
Pemergian Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini merupakan satu kehilangan yang besar buat Sarawak. Foto Fadillah Yusof (FB)

Pemergian Mutang, Sarawak kehilangan pemimpin dan tokoh disegani – TPM Fadillah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Mei: Pemergian Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Sarawak kehilangan seorang tokoh dan pemimpin yang disegani, yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara dan Sarawak khususnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Sarawak kehilangan pemimpin dan tokoh disegani – Fadillah

Menurut Fadillah, mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak, merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak pada tahun 1982 hingga 1990.

“Sedih dan dukacita atas pemergian YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang Dipertua Dewan Negara, yang telah meninggal dunia pada jam 11.46 pagi ini, Jumaat 10 Mei 2024, di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
 
“Salam takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang. Moga mereka terus tabah dan bersabar menerima ujian ini,” ucap Fadillah dalam hantaran berkenaan.
 
Mendiang menghembuskan nafas terakhir hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 11:46 pagi akibat komplikasi jantung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan