Search
Close this search box.
Cadangan eksport bekalan elektrik ke Singapura, Kalimantan, Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak menjejaskan permohonan Dana Permohonan Tambahan atau Lewat untuk dilaksanakan. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Eksport elektrik ke luar tidak jejas program bekalan elektrik di luar bandar

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Mei: Cadangan eksport bekalan elektrik ke Singapura, Kalimantan, Sabah dan Semenanjung Malaysia tidak menjejaskan permohonan Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF) untuk terus dilaksanakan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek berkenaan tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk menyambung bekalan elektrik di kawasan luar bandar.

“Faktor yang menjadikan permohonan lambat dilaksanakan adalah sistem giliran yang lambat. Kita tahu bahawa ALAF di kawasan luar bandar mengalami banyak cabaran dan ia tidak semudah yang difikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Julaihi pada masa sama memberi jaminan, melalui dana yang diperuntukkan Kerajaan Sarawak sebanyak RM85 juta, projek ALAF yang masih dilaksanakan di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi melalui Sarawak Energy Berhad dapat diteruskan di seluruh Sarawak.

“Setakat ini ada 14,000 isi rumah yang layak untuk penyambungan di bawah skim ALAF.

“Kerajaan memerlukan lagi RM350 juta bagi meneruskan projek ini di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13),” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata 21,073 isi rumah telah diluluskan permohonannya untuk dilaksanakan di bawah projek ALAF.

Sebanyak 17,617 isi rumah (84 peratus) telah siap dilaksanakan manakala sebanyak 2,806 isi rumah (13 peratus) dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan