Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot tunda beserta tongkang pada kedudukan 4.9 batu nautika barat laut Kuala Baram semalam. Foto Zon Maritim Miri

Zon Maritim Miri tahan bot tunda bersama lapan kru

MIRI, 14 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot tunda beserta tongkang pada kedudukan 4.9 batu nautika barat laut Kuala Baram kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60 iaitu gagal mengemukakan surat pertukaran nakhoda semasa diperiksa awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot tunda terbabit ditahan Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot tunda itu dikendalikan oleh lapan kru yang terdiri daripada tiga warga tempatan, tiga warga India dan dua warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kesemua kru dan bot tunda berserta tongkang diiring ke Kawasan Bersauh Miri untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang – undang dan tidak akan sesekali berkompromi ke atas pesalah yang ingkar,” tegasnya.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-418204 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan