Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi ketika ditemui TVS di Bangkok, Thailand. Foto Alex Teo (TVS)

Lebih banyak kawasan potensi sumber tenaga melata di Sarawak dikenal pasti – Julaihi

ByZhahrulniza

BANGKOK, 17 Mei: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak optimis terdapat lebih banyak lagi lembangan sungai yang akan dikenal pasti dan berpotensi untuk pembangunan sumber tenaga melata.

Menterinya Dato Sri Julaihi Narawi berkata, setakat ini 12 lembangan sungai telah disenaraikan bagi pelaksanaan projek sumber tenaga melata di seluruh Sarawak yang berpotensi menjana sebanyak 3,000 megawatt (MW).

“Kita telah menerima surat daripada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas yang memberitahu bahawa mereka telah mengenalpasti Sungai Tekali dan Sungai Bangkit yang berpotensi untuk dibangunkan kawasan sumber tenaga melata.

“Justeru, adalah penting pelaksanaan projek ini telah mendapat perhatian komuniti setempat di kawasan tersebut dan ini adalah satu langkah positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pelaksanaan projek sumber tenaga melata di Sarawak melibatkan Sungai Gaat, Sungai Belaga, Sungai Tutoh, Sungai Danum, Sungai Balui, Sungai Trusan, Sungai Lawas, Sungai Limbang, Sungai Tinjar, Sungai Baram, Sungai Tekalit dan Sungai Bangkit.

Julaihi mendedahkan lagi, pihaknya kini sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan wakil rakyat, pejabat residen, pejabat daerah serta semua pemimpin akar umbi bagi membincangkan penyertaan masyarakat setempat untuk memastikan projek yang dijalankan berdaya maju.

“Sekiranya ada pihak tidak bersetuju, tiada istilah paksaan dalam melaksanakan projek sumber tenaga melata ini di kawasan mereka,” jelasnya

Julaihi menambah, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah dilantik menjadi peneraju kerana sistem pengedaran dan transmisi tenaga dikendalikan oleh SEB.

Pada masa sama projek ini juga tegas beliau  akan turut melibatkan penyertaaan dari syarikat pelabur swasta.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan