Search
Close this search box.
Usaha mencari dan menyamat (SAR) oleh pasukan bersama giat dijalankan untuk mencari mangsa hilang banjir lumpur di lima kawasan di Sumatera Barat. Foto, BNPB.

Angka kematian banjir lahar dingin di Indonesia meningkat kepada 61 orang

ByTVS

JAKARTA, 19 Mei: Jumlah korban banjir lahar dingin di Sumatera Barat, Indonesia meningkat kepada 61 orang.

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia memaklumkan, ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang diteruskan pada hari ketujuh.

Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat 52 orang

Jumlah mangsa maut tertinggi seramai 34 orang direkodkan di Tanah Datar, 22 orang  (Agam) dua orang di Padang Panjang dan Padang serta seorang lagi di Padang Pariaman.

Sementara itu, data terkini mangsa yang masih hilang menurut Ketua BNPB, Suharyanto ialah seramai 14 orang.

“Proses pencarian akan diteruskan sehingga keluarga mangsa meminta ia dihentikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, seramai 13 orang hilang di Tanah Datar manakala seorang lagi di Agam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan