Search
Close this search box.
Kerajaan Persekutuan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan negara. Foto Envato

Kerajaan MADANI bertekad menoktahkan kemiskinan rakyat

ByAdlina Rahman

KUCHING, 21 Mei: Kerajaan Persekutuan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, hasrat itu dilihat boleh dicapai melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya.

“Kita serius untuk menggubal dasar gaji progresif yang melibatkan sektor swasta kerana anak-anak muda bertanya, graduan bertanya apa nasib mereka di sektor swasta.

“Mereka dikenakan dasar gaji progresif beserta dengan penyasaran gaji baharu sektor awam untuk beri mesej jelas kepada sektor swasta supaya mencatat keuntungan tinggi, jangan meninggalkan peluang dan kedudukan pekerja, sama ada peringkat bawah atau golongan profesional,” katanya dalam Perutusan Negara malam ini.

Pada 1 Mei, Anwar mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu akan membabitkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan