Search
Close this search box.
Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes melarikan seorang wanita di Kulai bulan lepas. Foto hiasan Envato

Kes culik wanita di Kulai: Polis tahan sembilan lelaki

ByBernama

JOHOR BAHRU, 6 Jun: Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes melarikan seorang wanita di Kulai bulan lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor dan Bukit Aman telah melakukan tangkapan terhadap suspek yang berusia lingkungan 24 hingga 48 tahun itu di beberapa lokasi di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor dari 23 hingga 25 Mei lepas.

Beliau berkata pihaknya juga merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil insiden itu.
“Kesemuanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah, hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis metamfetamina,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata suspek direman selama 14 hari bermula 24 Mei lepas bagi membantu siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam.

Beliau berkata lima suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Majistret Kulai hari ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 serta Seksyen 383 Kanun Keseksaan namun mereka mengaku tidak bersalah.

Empat lagi dibebaskan dengan bon jaminan untuk menjadi saksi pendakwaan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 16 Mei lepas, seorang wanita berusia 30 tahun dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang ketika berada di rumahnya di Kulai sebelum mangsa dibebaskan di stesen bas sekitar Skudai pada hari yang sama.

Mangsa yang bekerja sendiri bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibebaskan selepas wang tebusan diterima, melibatkan kerugian berjumlah RM111,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan