Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berucap semasa Program Peningkatan Kemahiran Komuniti Sempena Karnival Gawai 2024 di Siburan pada Khamis. Foto TVS

Sumber tenaga kerja Sarawak perlu berdaya tahan tinggi

SIBURAN, 6 Jun: Sumber tenaga kerja di Sarawak perlu dilengkapi dengan kemahiran yang kompetitif serta mempunyai daya tahan yang tinggi.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, perkara itu penting bagi memenuhi keperluan Sarawak yang fokus kepada sektor ekonomi baharu dalam penyelidikan, adaptasi teknologi serta inovasi untuk menjadi wilayah maju menjelang 2030.

“Adaptasi teknologi dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam organisasi dan seterusnya menarik pelabur asing serta berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Peningkatan Kemahiran Komuniti Sempena Karnival Gawai 2024 di Siburan di sini hari ini.

Sementara itu Willie berkata, Kerajaan Sarawak telah menawarkan biasiswa kepada rakyatnya yang memasuki institusi pendidikan tinggi.

“Inisiatif ini sejajar dengan matlamat melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menjamin peluang pekerjaan kepada para graduan, sekali gus memastikan industri berkembang pesat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datu Azmi Bujang berkata, program terbabit juga membantu memperkasakan pengetahuan serta kompetensi masyarakat dalam pasaran kerjaya semasa.

Jelas beliau, program dilaksanakan dengan kerjasama dua institusi latihan yang terkemuka di Sarawak iaitu Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan Sarawak Skills.

“Sebanyak enam jenis kursus disediakan untuk program tersebut antaranya pembuatan sabun dan pembuatan pastri,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan