Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain pada majlis perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 di Kuching, hari ini. Foto Kimberly Dickson (TVS)

Penganjuran APGH 2024 menyokong pertumbuhan ekonomi

ByKimberly Dickson

KUCHING, 10 Jun: Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 berupaya membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi melalui kemasukan pelaburan asing.

Pengerusi Borneo Business Connect Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata program tersebut memberi impak yang positif kepada Sarawak khasnya dari segi ekonomi.

Pengerusi Borneo Business Connect Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin. Foto TVS

“Persidangan dan pameran ini bukan sahaja akan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hidrogen hijau tetapi mampu menarik pelaburan besar ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 yang dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, menerusi APGH 2024 Sarawak dapat mempamerkan potensi hidrogen hijau seperti sumber asli kepada pelabur dan rakan kongsi baharu.

“Sumber asli kita banyak, tenaga boleh diperbaharui daripada sungai dan kestabilan politik yang kita miliki sekarang menjadikan Sarawak pilihan yang terbaik untuk pelaburan hidrogen hijau,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Asmat berbangga kerana diberi peluang menjadi penganjur APGH 2024 dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dan Business Events Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan