Search
Close this search box.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerbitkan Polisi Pengawasan Pelaburan Mampan KWSP. Foto fail Bernama.

Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Jumlah pendapatan boleh agih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion daripada RM14.42 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan boleh agih itu tidak termasuk keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan, kata dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata walaupun prestasi suku pertama kukuh, pasaran kewangan terus berdepan beberapa risiko meluas seperti kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama, risiko geopolitik dan konflik serta perubahan dasar berikutan pilihan raya di beberapa negara ekonomi besar pada tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan