Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan APGH 2024 di BCCK, Kuching, hari ini. Foto TVS

RUU berkaitan perdagangan karbon dijangka dibentangkan menjelang akhir 2024

ByMarzella Sigai

KUCHING, 12 Jun: Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan perdagangan karbon dijangka dibentangkan dalam Dewan Rakyat menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penggubalan undang-undang tersebut berikutan kerajaan Sarawak mendahului dengan meluluskan RUU berkaitan karbon di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

RUU perdagangan karbon dijangka dibentangkan akhir tahun ini | TVS

“Insya-Allah menjelang akhir tahun ini, Rang Undang-Undang (RUU) tersebut akan dibentang di Dewan Rakyat,” katanya ketika mengulas cadangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini agar kerajaan pusat menambah baik perundangan sedia ada berhubung perniagaan tenaga, termasuk perkara berkaitan perdagangan karbon.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Fadillah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beliau mempengerusikan mesyuarat berkaitan penggubalan RUU itu.

RUU tersebut dijangka turut merangkumi skim cukai dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perdagangan karbon, jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan