Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi hantaran di Facebook menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa di Sarawak. Foto Sarawakku (FB)

TYT, Premier Sarawak ucap Selamat Hari Bapa

KUCHING, 16 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa di Sarawak.

Tun Dr Wan Junaidi menyifatkan seorang bapa merupakan watak terpenting dalam memberikan sokongan tanpa batas kepada keluarganya.

“Dalam setiap langkah hidup, dia selalu ada di samping. Dia adalah benteng yang teguh, memberikan kekuatan dan sokongan tanpa batas.

“Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa,” katanya.

Bukan itu sahaja, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa.

Menerusi hantaran di Facebook Sarawakku, hantaran itu menyelit sebuah pantun empat kerat  yang berbunyi:

“Daun selasih daun pegaga,
Masam manis si buah rawa,
Memori ayah bersemi di raga,
Kasih tak luput di dalam jiwa.”

Sambutan Hari Bapa di Malaysia disambut pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan