Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Foto Fiqri Razak (TVS)

Tun Wan Junaidi dan Abang Johari solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 17 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Solat sunat yang disertai kira-kira 5,000 orang penduduk sekitar Kuching itu dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, Tun Wan Junaidi dan Abang Johari menyempurnakan simbolik penyembelihan korban.

Beliau kemudiannya menghadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak 1445h di Dewan Hikmah Kuching.

Pada majlis itu, tiga ekor lembu dikorbankan. Daging-daging korban diagihkan kepada 100 orang asnaf dari kawasan Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan