Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin. Foto fail bernama

Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi, Anwar berkata perkara itu antara yang dibincangkan bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam perbualan telefon mereka semalam.

“Presiden Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadiri beliau baru-baru ini,” katanya.

Selain mengulangi komitmen memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, Perdana Menteri turut mengulangi jemputan kepada Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos tahun ini.

Anwar memberi jaminan lawatan itu akan menjadi lebih bermakna kerana ia seiring ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye yang mula terjalin pada 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan