Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, di Sarikei. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Sarawak peruntuk RM1.5 juta naik taraf pagar Masjid Al-Muttaqin di Sarikei – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

SARIKEI, 21 Jun: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk menaik taraf pagar Masjid Al-Muttaqin, di sini yang telah usang dengan usia sekitar 40 tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis peruntukan berkenaan merubah wajah sekali gus meningkatkan faktor keselamatan rumah ibadat berkenaan.

“Untuk masjid ini, anda semua sudah menepuk tangan terlebih dahulu ketika Datuk Len Talif Salleh (Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak) meminta dana sebanyak RM1.5 juta (untuk naik taraf pagar).

“Memandangkan semua sudah menepuk tangan, jika diberi salah dan jika tidak diberi juga salah, dengan itu, saya meluluskanlah peruntukan tersebut mudah-mudahan ia akan memberi kesan kepada seluruh masyarakat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, di sini, hari ini.

Sementara itu, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang memohon peruntukan kepada Abang Johari bagi menaik taraf pagar masjid berkenaan dalam ucapannya pada majlis tersebut.

Sebelum ini, Abang Johari juga pernah bersetuju untuk meluluskan dana bernilai RM 9.5 juta bagi projek menaik taraf Masjid Al-Muttaqin, selepas meninjau sendiri keadaan masjid itu pada siri lawatan beliau pada tahun 2019 ke Sarikei.

Terdahulu, Abang Johari turut menunaikan solat Jumaat di masjid itu dan sempat menyantuni para jemaah yang hadir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan