Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri di Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Festival Renang Autisme Malaysia (MASF) 2024 di Damai Lagoon Resort pada Sabtu. Foto TVS

MASF bantu tingkat keyakinan golongan autisme – Nancy

KUCHING, 6 Julai: Penglibatan dalam sukan renang bukan sekadar satu terapi tetapi wadah memperkasakan golongan autisme bagi membantu meningkatkan keyakinan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia juga boleh menyingkirkan stigma masyarakat tentang ketidakbolehan penghidap autisme untuk berdikari atau berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Ia menunjukkan mereka ini boleh dididik, dan boleh dipandu. Sebenarnya, di bawah kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat serta di bawah Jabatan OKU ini, kita menganjurkan program kesedaran mengenai autisme dan ini adalah satu pendekatan berbeza daripada kelaziman yang kita lakukan.

“Mereka ini dibawa dan diberi kebebasan untuk berenang di laut dan ini bermakna perenang autisme ini mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap jurulatih mereka,” katanya pada Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Festival Renang Autisme Malaysia (MASF) 2024 di Damai Lagoon Resort pada Sabtu.

Tambah Nancy, bukan mudah untuk anak-anak autisme ini mempercayai individu lain dan menerusi MASF, kepercayaan antara jurulatih dan peserta ini dapat diperkukuhkan.

Seramai 35 peserta berusia antara tujuh hingga 23 tahun yang terdiri daripada penghidap autisme dari seluruh negara menyertai festival yang diadakan pada 6 Julai 2024.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Santubong itu turut teruja melihat sambutan yang mengalakkan di kalangan golongan wanita untuk menyertai Program Ikon yang diperkenalkan pada Mac 2024 yang lalu.

Menurutnya, Program Ikon ini tercetus daripada dana berjumlah RM50,000 yang diperuntukkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim kepada KPWKM untuk membantu 100 pemimpin wanita bagi mengendalikan program di pelbagai peringkat.

“Lebih 4,000 wanita telah menunjukkan minat untuk menyertai program tersebut. Namun, kami masih dalam proses membantu sebilangan besar yang masih belum dapat melengkapkan boring serta prosedur yang menepati piawaian yang ditetapkan,” katanya.

“Setakat ini, lebih kurang 50 peserta yang menepati kriteria awal dan kita berharap agar dapat mencapai sasaran 100 peserta seperti yang direncana. Ini merupakan wadah bagi kita memperkasakan golongan wanita,” katanya lagi.

Tambah Nancy, pihaknya melantik panel penilai yang akan memastikan 100 peserta wanita yang terpilih kelak akan menjadi generasi wanita yang berintegriti, berwasasan serta berdaya-saing dalam mendepani apa jua bidang yang diceburi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan