Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kali Keenam Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak (6/15), di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Peruntukan Persekutuan tidak mencukupi, Sarawak salur dana sendiri baiki sistem perpaipan – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 Julai: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi membaiki sistem perpaipanĀ menerusi program grid bekalan air di wilayah ini berikutan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tidak mencukupi, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah menyediakan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi tujuan berkenaan.

ā€œKita harap dapat ia dapat dilaksanakan menjelang tahun 2030 dan ā€˜water state gridā€™ ini kita akan bekalkan dengan sistem perpaipan negeri yang berkehendakan perbelanjaan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

ā€œKerajaan pusat ada beri peruntukan lebih kurang RM30 juta yang saya fikir tidak memadai, jadi Sarawak akan melaksanakan bekalan air (dengan dana tambahan sendiri),ā€ kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kali Keenam Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak (6/15), di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, dengan adanya infrastruktur di luar bandar, kerajaan negeri berharap kadar kemiskinan di wilayah ini akan mengalami penurunan.

ā€œWalaupun ada pihak telah membandingkan kita dengan Perlis namun Perlis ialah negeri yang sangat kecil dan dari sudut itu, pengiraan bagi kadar kemiskinan juga berlainan.

ā€œWalau demikian, terdapat kajian yang sedang dijalankan ketika ini dan kita akan umumkan dalam pengumuman bajet pada November depan mengenai kesimpulan berkaitan tahap kemiskinan di luar bandar,ā€ ujar beliau.

Namun, menurut Abang Johari, pada masa kini, terdapat tanda-tanda mengenai kadar kemiskinan yang semakin menurun di luar bandar Sarawak kerana perubahan ketara yang berlaku terhadap keadaan di kampung dan rumah panjang yang dilihat semakin maju. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan