Search
Close this search box.
Rumah kediaman komuniti Trok Pho yang dibina daripada kayu di Jalan Yaowarat, Chinatown di sini musnah dalam kebakaran malam tadi. Foto hiasan Envato

60 hilang tempat tinggal selepas rumah kediaman di Chinatown Bangkok dijilat api

ByBernama

BANGKOK, 7 Julai: Rumah kediaman komuniti Trok Pho yang dibina daripada kayu di Jalan Yaowarat, Chinatown di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran yang bermula di penempatan komuniti Trok Pho di Jalan Yaowarat, Daerah Samphanthawong kira-kira pukul 8.42 malam pada Sabtu dan berjaya dikawal sekitar tengah malam, menyebabkan sebahagian kawasan sibuk Chinatown ditutup untuk lalu lintas selama beberapa jam malam tadi.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata penempatan komuniti Trok Pho terdiri daripada rumah-rumah kayu dan komuniti yang terjejas terdiri daripada bangunan sewa dua tingkat yang dikelilingi oleh rumah kedai, dengan akses yang sukar dan terhad.

“Malam tadi, anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk memadamkan api kerana kawasan yang padat. Kebakaran menjejaskan tiga kumpulan utama – penduduk, kebanyakannya penyewa warga asing; bangunan hadapan yang turut terbakar dan Hospital Yayasan Thian Fah yang berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di sini pada Ahad.

Beliau berkata walaupun bangunan hospital itu sendiri tidak rosak, asap telah menyusup masuk ke premis, memerlukan pemindahan 26 pesakit warga emas ke tempat perlindungan sementara di Wat Traimitr Withayaram Worawihan.

Kebakaran malam tadi menjejaskan 60 isi rumah di komuniti Trok Pho Alley namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan