Search
Close this search box.
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua. Foto AFP

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153

ByBernama

GAZA, 7 Julai: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 38,153 dan kecederaan kepada 87,828 sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada awal Oktober 2023, katanya.

Ia berkata sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan serta berada di jalan raya, dan tentera Israel menghalang pasukan ambulans dan pertahanan awam daripada membantu mereka.

Selama sembilan bulan serangan ke atas Gaza, keluarga-keluarga di sana terus menghadapi pengusiran, kemusnahan besar-besaran dan ketakutan yang berterusan, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat  (UNRWA) di platform media sosial X pada Ahad.

“Kekurangan bekalan asas, (bahang musim panas) tidak tertanggung, (dan) penyakit merebak,” kata UNRWA.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Angkatan Pertahanan Israel berkata operasi mereka terus dijalankan di seluruh Semenanjung Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan