Search
Close this search box.
Aleeya Nuraishah Mohamad Mahdi dari SMK Matang Jaya, Kuching membacakan Surah An-Nisa dengan menggunakan Mushaf Braille Malaysia. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Cacat penglihatan tidak halang Aleeya baca surah An-Nisa guna Mushaf Braille Malaysia

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Julai: Cacat penglihatan sejak kecil, Qariah Sarawak, Aleeya Nuraishah Mohamad Mahdi, 18, membacakan ayat suci Al-Quran iaitu tiga rangkap ayat Al-Quran, ayat 100 ke 102 daripada Surah An-Nisa dengan menggunakan Mushaf Braille Malaysia.

Aleeya pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, Kuching teruja untuk membacakannya dihadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.

Wan Junaidi menerusi hantaran di Facebook berkongsi bercerita mengenai Aleeya yang pada awalnya dia tidak yakin yang bacaannya dapat diperkemaskan dan terus menjadi pemangkin untuk dia terus mendalami Al-Quran.

Bukan itu sahaja, kehadiran Wan Junaidi serta isteri pada majlis tersebut menjadi pembakar semangat buat Aleeya untuk menguasai bacaan Al-Quran dan bertarannum dengan baik dan dapat menghafalnya dalam masa tiga minggu.

“Ini adalah kerana dia tidak boleh melihat selain perlu menggunakan jari untuk membaca setiap baris ayat di atas naskhah Al-Quran Braille.

“Oleh itu, Aleeya berharap penyertaan untuk OKU memperdengarkan bacaan Al-Quran mereka di majlis rasmi dapat dibuka dengan lebih luas,” menurut Wan Junaidi.

Selain itu juga Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin turut menyampaikan Tadabbur Ayat-Ayat Suci Al-Quran iaitu dengan membacakan ayat ke-100 daripada Surah An-Nisa yang menceritakan lebih mendalam mengenai ‘hijrah’ dengan mengaitkan dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Sarawak Maju Makmur’ dan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI.’

Turut hadir sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan