Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perhimpunan Ma'al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Kerajaan Sarawak berpegang dua pedoman dalam pentadbiran – Abang Johari

KUCHING, 7 Julai: Kerajaan Sarawak yang dipimpin Premier Sarawak berpegang pada dua pedoman yang menjadi pegangan mereka dalam mentadbir wilayah ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara pedoman yang disentuhnya ialah mengambil model cara pemerintahan Nabi Muhammad SAW ketika mentadbir Kota Madinah yang meletakkan aspek keadilan dan ketelusan serta mempraktikkan amalan tadbir urus yang baik.

“Rasulullah SAW telah menunjukkan satu pemerintahan yang adil dan telus melalui Piagam Madinah di mana dalam perlembagaan itu meletakkan aspek keadilan dan ketelusan dalam kita memerintah badan pentadbir.

“Kita tahu dalam sejarah bahawa ketika Rasulullah kita mewujudkan pemerintahan di Madinah, kita banyak kabillah-kabillah, bangsa-bangsa dan kepercayaan yang berlainan tetapi Rasullullah telah dapat mewujudkan satu pemerintahan yang adil dan saksama kepada masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.

Selain itu, pedomen kedua yang ditekankan oleh Abang Johari adalah mengambil tahu apa yang berlaku dan yang sedang dihadapi oleh wilayah ini serta mempunyai perancangan yang teliti dalam menangani isu yang sedang berlaku.

“Perkara kedua yang harus kita ambil kira dan menjadi tauladan kepada kita ialah ia menjadi satu nur atau cahaya. Dalam kita hendak mengangkat cara hidup kita, bermakna kita mesti mengambil tahu apa yang ada di sekeliling kita.

“Dalam kita mengingati hijrah pada tahun ini, satunya dari sudut tadbir urus, kita mesti mempunyai hala tuju di mana kita hendak pergi, dalam kita menguruskan negeri kita ataupun negara kita dan kita mengambil kira juga apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat manusia pada hari ini,” katanya lagi.

Tambah Abang Johari, dua pedoman itu merupakan satu pengajaran yang besar yang harus dipraktikkan oleh setiap badan pentadbir apabila diberikan amanah oleh rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata Sarawak komited untuk menangani dua cabaran yang dihadapi wilayah ini iaitu isu perubahan iklim dan isu keterjaminan makanan yang membelenggu sejak sekian lama dan seterusnya menghijrahkan Sarawak untuk menjadi sebuah wilayah maju dan makmur menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan