Search
Close this search box.
Usaha menangani bencana banjir yang melanda wilayah Cirebon, Jawa Barat masih giat dijalankan oleh pasukan BNPB. Foto BNPB

Lebih 4,269 rumah dinaiki air di Jawa Barat, 16,310 orang terjejas

ByTVS

JAKARTA, 7 Julai: Bencana banjir melanda wilayah Cirebon, Jawa Barat dicetuskan oleh hujan berintensiti tinggi yang berlaku sejak semalam sehingga menyebabkan air sungai di wilayah itu melimpah.

Menurut laporan Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), sekurang-kurangnya 16,310 orang terjejas dan 4,269 rumah mereka dinaiki air sehingga kedalaman hampir satu meter.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata, banjir ini menyebabkan kerosakan besar dan memberi kesan teruk kepada ribuan penduduk berkenaan.

“Dicetuskan oleh hujan lebat berterusan semalam, banjir ini menyebabkan air sungai melimpah dan menenggelamkan sebahagian besar wilayah Cirebon,” katanya.

Beliau berkata, banjir telah merosakkan sawah padi seluas 15 hektar sehingga tidak dapat dituai.

“Kita juga telah berkoordinasi dengan kerajaan tempatan dan agensi berkaitan untuk melakukan penilaian dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat terjejas termasuk menyediakan tapak pemindahan sementara,” ujarnya.

Sehingga kini, usaha menangani bencana itu masih giat dijalankan oleh pasukan gabungan manakala upaya pemindahan dan pengagihan logistik makanan adalah keutamaan bagi memenuhi keperluan mendesak masyarakat terjejas.

BNPB menggesa penduduk yang tinggal di sekitar sungai yang terdedah kepada banjir supaya segera berpindah ke tempat lebih selamat memandangkan hujan lebat dijangka berpotensi masih akan berlaku. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan