Search
Close this search box.
Tong (kiri) dan Vemanna (kanan) memasukkan RM100 sebagai simbolik sumbangan pertama kutipan dana Pendakian Amal Klimb Pinnacle ke Kinabalu. Foto TVS

MAKNA sasar kutipan dana RM40 juta setahun bantu pesakit kanser

KUCHING, 7 Julai: Majlis Kanser Nasional (MAKNA) mensasarkan kutipan dana RM40 juta setahun bagi menampung pembiayaan berkaitan penyakit kanser di negara ini.

Jumlah itu kata, Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara, Sih Hua Tong meliputi pelbagai kos termasuk rawatan, pembelian peralatan, kempen kesedaran dan juga kajian ke atas penyakit kanser.

Jelas beliau lagi, setiap RM1 yang disumbangkan kepada MAKNA akan dipecahkan kepada beberapa bahagian.

“Setiap RM1 yang disumbangkan, 43 sen akan dimasukkan ke dalam bantuan kewangan pesakit kanser (kepada pesakit kanser yang kurang berkemampuan), 23 sen kepada rawatan atau perubatan berkaitan kanser, 8 sen kepada program kesedaran (berkaitan kanser), 2 sen kepada kajian berkaitan kanser dan 24 sen kepada pelbagai program termasuk Digital Mobile Momogram

“Kongsikanlah mesej ini kepada sesiapa yang ingin menderma setiap ringgit (akan dibahagikan) macam itu,” katanya lagi.

Tong berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian program Pendakian Amal Klimb Pinnacle to Kinabalu yang diadakan di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuching pagi tadi.

Program pendakian amal ini dijalankan dengan kerjasama MAKNA dan Sukarelawan Jalanan Sarawak (SJS) dalam usaha untuk mengumpul kutipan dana sebanyak RM50,000.

Seramai 20 pendaki termasuk dua darinya adalah bekas pesakit kanser bakal memulakan pendakian bagi menawan Mulu Pinnacles, Miri pada 16 hingga 18 Ogos ini diikuti dengan siri kedua pendakian ke Gunung Kinabalu pada 1 hingga 4 Oktober ini

Hadir sama di majlis perasmian tersebut Timbalan Pengurus Besar Majlis Kanser Nasional, Vemanna Appannah dan Presiden Sukarelawan Jalanan Sarawak, Suraina Adenan

Dalam ucapan sama Tong turut memuji inisiatif dilakukan MAKNA menggunakan peralatan Mammogram bergerak bagi melakukan pemeriksaan kesihatan pesakit kanser terutama di kawasan pendalaman Sarawak

“Dengan menggunakan peralatan Mammogram bergerak ini, pesakit kanser tidak perlu lagi datang ke bandar untuk mendapatkan pemeriksaan tetapi pakar perubatan profesional yang datang ke kawasan pesakit untuk memberikan rawatan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan