Search
Close this search box.
Minuman keras yang dirampas dalam Op Taring Kontraban di Limbang. Foto IPD Limbang

Polis Marin rampas minuman keras RM535,822 di Limbang

LIMBANG, 7 Julai: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching dan Markas Taktikal PPM Wilayah 5 Limbang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras tidak bercukai dengan nilai keseluruhan RM535,822  di sebuah rumah di Kampung Gumaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot dalam kenyataan media hari ini berkata, kesemua minuman keras itu dirampas dalam Op Taring Kontraban yang dijalankan jam 8 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menjumpai sejumlah minuman keras disyaki tidak bercukai Kastam.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, rumah tersebut tidak berpenghuni dan hanya dijadikan tempat stor simpanan dan kesemua minuman keras tersebut dirampas dan dibawa ke markas taktikal pasukan PPM Limbang untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya lagi, tiga individu ditahan, di bawah kesalahan Akta Kastam 1967, manakala, nilai rampasan dan sitaan operasi adalah sebanyak RM 985,760 (rokok seludup) dan RM 954,679.63 (minuman keras) selain dua kenderaan turut disita hasil operasi Op. Taring Kontraband yang dijalankan daripada bulan Januari hingga awal Julai ini.

Operasi itu katanya, dijalankan oleh Markas Taktikal PPM Wilayah 5 Limbang dengan kerjasama Ibu Pejabat PPM Wilayah 5 Kuching dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

“Polis khususnya IPD Limbang akan terus berusaha membanteras kegiatan jenayah penyeludupan di daerah ini dan berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan