Search
Close this search box.
Tindakan nekad sekumpulan lelaki yang bertindak melarikan diri selepas diserbu ketika leka bersabung ayam gagal apabila kesemua mereka ditahan polis di Jalan Stubah -Tanjung Manis pada Jumaat. Foto hiasan Envato

Sabung ayam, lima lelaki dicekup ketika cuba larikan diri

TANJUNG MANIS, 7 Julai: Tindakan nekad sekumpulan lelaki yang bertindak melarikan diri selepas diserbu ketika leka menyabung ayam gagal apabila kesemua mereka ditahan polis di Jalan Stubah -Tanjung Manis semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, serbuan dilakukan pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Meradong yang diketuai oleh Inspektor Meredolyin.

Menyedari kehadiran pihak polis katanya, suspek melarikan diri namun pihak polis telah berjaya menahan lima lelaki yang kesemuanya warga tempatan.

“Polis juga merampas barang-barang yang digunakan semasa aktiviti sabung ayam dijalankan. Turut dirampas tiga ekor ayam yang masih hidup dan tiga ekor ayam yang telah mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Meradong untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibuat dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Penganiayaan Terhadap Binatang (LLPTB) 1962.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang bukan sahaja penganjur malahan orang awam yang menyertai mana-mana aktiviti sabung ayam, kerana tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak polis,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan