Search
Close this search box.

Kerajaan Persekutuan setuju Sarawak bangunkan pusat kanser, guna dana sendiri terlebih dahulu – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 9 Julai: Kerajaan Persekutuan secara rasmi telah bersetuju dengan hasrat Kerajaan Sarawak membangunkan pusat kansernya sendiri, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu mendedahkan khabar baik itu diterima beliau hari ini sambil berkata projek berkenaan akan dibangunkan dengan mendahulukan peruntukan kerajaan negeri.

“Ini merupakan kali pertama kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan dana terlebih dahulu untuk projek persekutuan yang berjumlah bilion ringgit dan ia akan dibayar balik kepada Sarawak.

“Kita memerlukan pusat kanser tersebut kerana angka statistik menunjukkan trend peningkatan dari segi pesakit yang menghidapi kanser.

“Jika kita hanya berharap kepada pusat di Kuala Lumpur, ia akan memakan kos yang tinggi dan orang ramai mungkin tidak boleh mendapatkan rawatan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Asia Pasifik Kesihatan Awam ke-8 (8th APCPH), di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pusat kanser tersebut  serta kemudahannya juga akan dapat dinikmati oleh rakyat Sabah dan juga negara jiran yang berdekatan.

“Ini bermakna mereka boleh menggunakan kenderaan sendiri untuk datang mendapat rawatan di pusat kanser.

“Jadi ini setidak-tidaknya, dapat menggunakan kereta dengan melalui Pan Borneo dan projek ini akan mula dalam masa terdekat,” kata beliau.

Tambah beliau, projek hospital yang bakal menyediakan lebih 300 katil pesakit itu mungkin akan bermula pada hujung tahun ini kerana ia mempunyai lokasi yang telah ditetapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan