Search
Close this search box.
Risham Akashah Kamaruzaman (kiri) dan Leslie Choo hadir pada Majlis Menandatangani Projek Pembayaran Moden bersama ACI Worldwide hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Affin Bank, ACI Worldwide bekerjasama bangunkan sistem pembayaran lebih cekap

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Perkongsian di antara AFFIN Bank dan ACI Worldwide adalah sebahagian daripada inisiatif pendigitalan bank itu dengan memperuntukkan RM400 juta untuk membangunkan sistem pembayaran lebih cekap.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Affin Bank Berhad, Risham Akashah Kamaruzaman berkata, bank perdagangan itu bekerjasama dengan syarikat teknologi kewangan antarabangsa, ACI Worldwide.

Jelas beliau, sistem itu antara lain akan menggabungkan pelbagai saluran pembayaran sedia ada termasuk bernilai rendah dan tinggi.

Jelas beliau, fasa pertama sudah siap dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada suku keempat 2025.

“Fasa kedua iaitu untuk pembayaran bernilai rendah akan dilancar menjelang akhir tahun ini manakala tahun hadapan kita akan lancarkan sepenuhnya untuk pembayaran bernilai tinggi.

“Affin merupakan bank kedua yang menggunakan konsep ini di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Projek Pembayaran Moden bersama ACI Worldwide di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Risham Akashah mewakili Affin Bank manakala Pengarah Urusan Asia Pasifik ACI Worldline, Leslie Choo menandatangani bagi pihak syarikat itu.

Antara saluran perbankan yang disatukan termasuklah Affin Delivery System (ADS), AffinAlways Retail Internet Banking and Mobile Internet Banking, AFFINMAX dan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Dalam pada itu Risham Akashah memberitahu, sistem baharu itu juga membolehkan institusi perbankan berkenaan mengendalikan peningkatan transaksi mencecah 20 peratus.

Dengan sistem yang lebih cekap kata beliau, Affin Bank menjangkakan peningkatan kecekapan sebanyak 75 peratus pada kualiti kerja selain mengurangkan kesilapan.

“Penyepaduan menyeluruh ini bukan sahaja akan memudahkan proses untuk pelanggan kami tetapi juga memastikan pengalaman pembayaran yang lancar,” katanya.

Tambah beliau, pelaburan berkenaan termasuk untuk menukar back-end, saluran dan perbankan mudah alih.

“Nilai pelaburan akan datang bergantung pasaran semasa dan mampu milik, selain perubahan yang perlu dilaksanakan pada sistem berkenaan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan