Search
Close this search box.
Musim mendaki Gunung Fuji di Jepun bermula sepenuhnya pada Rabu dengan pembukaan tiga laluan di bahagian Gunung di Wilayah Shizuoka. Foto AFP

Musim mendaki Gunung Fuji bermula dengan yuran baharu, kawalan jumlah pendaki

ByBernama

SHIZUOKA (Jepun), 10 Julai: Musim mendaki Gunung Fuji di Jepun bermula sepenuhnya pada Rabu dengan pembukaan tiga laluan di bahagian Gunung di Wilayah Shizuoka, lapor Agensi Berita Kyodo.

Laluan di Wilayah Yamanashi yang bersebelahan dibuka pada 1 Julai, dengan laluan ke puncak dijangka kekal dibuka sehingga 10 Sept.

Kedua-dua wilayah telah melaksanakan sekatan baharu untuk menghalang aktiviti berbahaya seperti “bullet climbing” atau percubaan mendaki puncak setinggi 3,776 meter itu tanpa tidur di pertengahan pendakian.

Gunung Fuji, yang ditetapkan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada 2013, terletak di antara dua wilayah di barat Tokyo.

Misato Kokubun, 29 tahun dari Tokyo yang menghadiri hari pembukaan di tengah-tengah cuaca baik tetapi angin kencang, mengalu-alukan sekatan baharu itu, dengan berkata: “Saya mahu gunung ini kekal bersih dan dihargai.”

Di tiga laluan Shizuoka, sistem prapendaftaran kini meminta pendaki untuk mengemukakan rancangan seperti waktu mula mendaki dan sama ada mereka telah menempah tempat di pondok lereng gunung dalam perjalanan ke puncak.

Mereka yang tidak mendaftar mesti menerima penjelasan mengenai peraturan di Gunung Fuji.

Sesiapa yang cuba mendaki selepas 4 petang tanpa penginapan akan disarankan untuk tidak meneruskan pendakian.

Bagaimanapun, kawalan ke atas jumlah pendaki belum diperkenalkan, tidak seperti laluan Wilayah Yamanashi yang mengehadkan kemasukan kepada 4,000 pendaki sehari dan mengenakan bayaran 2,000 yen (US$12) setiap orang. Pintu pagar telah didirikan untuk menutup laluan dari 4 petang hingga 3 pagi kepada individu tanpa tempahan pondok gunung.

Pendaki di bahagian Gunung Shizuoka berjumlah 84,086 pada 2023, menurut kerajaan wilayah, hampir sama dengan jumlah sebelum pandemik 2019 iaitu 85,677.

Dengan pelancongan masuk meningkat kerana kelemahan yen meningkatkan kuasa perbelanjaan mereka di Jepun, jumlah pendaki tahun ini dijangka lebih tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan