Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor, di sini, hari ini.  Foto TVS

Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor, di sini, hari ini.

Lelaki itu dibawa menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna merah diiringi empat kenderaan lain.

Suspek yang disahkan seorang anggota polis itu tiba di lokasi kejadian pada 2.30 petang dengan memakai pakaian reman berwarna oren dan pelitup muka.

Sepanjang 15 minit di lokasi tersebut, suspek berusia 26 tahun itu dilihat menunjukkan kawasan semak-samun berhampiran anak sungai dipercayai lokasi sebenar mayat mangsa ditemukan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak Rabu lepas (10 Julai), ditemukan 6 petang semalam di ladang kelapa sawit berkenaan, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan