Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penagih dadah wajar ditangani sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan harus diberi peluang secara sukarela. Foto hiasan Envato

Meningkatkan peluang rawatan dan pemulihan sukarela kepada penagih dadah

KUCHING, 19 Julai: Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diluluskan pindaannya adalah satu pendekatan sangat baik bagi meningkatkan peluang rawatan dan pemulihan secara sukarela dalam kalangan penagih dadah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata mereka perlu ditangani sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan harus diberi peluang secara sukarela untuk menjalani pemulihan bagi menghapuskan stigma masyarakat.

“Pemenjaraan atau hukuman dalam institusi koreksional lebih sesuai sebagai langkah terakhir, khususnya bagi individu yang baru menyalah guna dadah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Fatimah menjelaskan, dengan pindaan itu, beban pendakwaan yang dipikul oleh Polis Diraja Malaysia dapat dikurangkan, justeru mereka dapat lebih fokus terhadap usaha membanteras bekalan dadah.

“Selain itu, beban dan kos di penjara juga dapat dikurangkan. Individu yang terjebak pula masih dapat bersama keluarga, bekerja serta menyumbang kepada ekonomi dan mengintegrasikan diri dalam komuniti,” jelasnya.

Menurutnya, kementerian beliau bersedia untuk menyesuai dan melaksanakan pendekatan baharu melalui tadbir urus bersepadunya.

Ia katanya menerusi Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Subtans (MIDS) dengan kerjasama anggota berkaitan daripada agensi penguatkuasaan dan bukan penguatkuasaan, termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di peringkat negeri, bahagian mahupun daerah.

“Malah, kerajaan Sarawak mengiktiraf dadah sebagai isu keselamatan pada Julai 2020,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan