Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena dengan sambutan Hari Sarawak tahun ini, TVS menyajikan dua buah filem pendek yang bakal menyentuh hati para penonton, Pertiwiku dan Perjuangan Kamek. Foto TVS

Cikgu Halim kembali: TVS sajikan dua filem pendek penuh inspirasi sempena Hari Sarawak

ByNurul Amarlina

KUCHING, 20 Julai: Sempena dengan sambutan Hari Sarawak tahun ini, TVS menyajikan dua buah filem pendek yang bakal menyentuh hati para penonton.

‘Pertiwiku’ memaparkan sambungan kisah pengorbanan Cikgu Halim dari Semenanjung yang mengajar di pedalaman Sarawak dalam drama komedi bersiri Cigu! Nadai Bisi Utai?.

Dalam siri popular tersebut, Cikgu Halim lakonan Harris Alif yang pada awalnya enggan mengajar di Sarawak akhirnya jatuh cinta dengan Bumi Kenyalang setelah berkhidmat di SK Bukit Ruai, Sebuyau.

Filem pendek berdurasi 12 minit tersebut bakal merungkai peristiwa yang berlaku selepas Cikgu Halim berpisah daripada anak-anak muridnya di Sebuyau dan momen-momen istimewa sebelum beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak.

“Mesej yang ingin kami sampaikan ialah kisah pengorbanan seorang guru yang berasal dari Semenanjung yang mengajar di pedalaman Sarawak dan yang pada awalnya tidak mahu mengajar di Sarawak,” kata pengarah Jalot Jeman kepada TVS, hari ini.

“Akhirnya dia jatuh cinta dengan Sarawak dan setelah mendalami erti perjuangan sebenar seorang guru, hatinya ingin kembali dan terus berkhidmat di Sarawak,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Jalot berkata, beliau berasa bangga dan terharu apabila dipanggil sekali lagi untuk mengarah filem pendek sempena Hari Sarawak yang bersangkut paut dengan drama bersiri arahannya.

“Ini merupakan satu penghargaan untuk diri saya. Cuma cabaran bagi pasukan kami ialah kami perlu terbang ke Kuala Lumpur untuk melakukan penggambaran bersama krew yang hebat di sana,” tambahnya.

Bagi pelakon Harris Alif pula, beliau berasa gembira dipanggil untuk berlakon semula sebagai Cikgu Halim untuk Pertiwiku.

“Projek ini merupakan satu penghormatan kerana saya dapat berlakon di Sarawak sekali lagi untuk projek khas Hari Sarawak.

“Saya berbesar hati kerana dapat penerimaan yang baik dari orang Sarawak, di mana-mana sahaja di Sarawak orang panggil saya ‘Cikgu’.

Tonton ‘Pertiwiku’ pada 21 Julai 2024 (Ahad) jam 7:30 malam di TVS saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro.

 

Filem pendek ‘Perjuangan Kamek’ pula mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang bercita-cita tinggi untuk mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Menurut penerbitnya, Amirul Hafiz Muhd Firdaus Abong atau lebih dikenali sebagai Thorus, filem pendek berdurasi sekitar lima minit itu menyentuh pengertian perjuangan yang berbeza bagi setiap individu dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Walaupun Sarawak sudah merdeka, namun perjuangan kita sebagai seorang individu tidak akan berakhir selagi bernyawa.

“Itulah yang cuba disampaikan dalam filem pendek ini,” katanya kepada TVS, hari ini.

Tonton ‘Perjuangan Kamek’ pada 22 Julai 2024 (Isnin) jam 7 malam di YouTube TVS Entertainment dan 8 malam di Facebook TVS TV.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan