Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Foto Parlimen Malaysia (FB)

Pelantikan Awang Bemee bukti kepercayaan terhadap GPS

BySalasiah Safian

BINTULU, 22 Julai: Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21 membuktikan kepercayaan pimpinan negara terhadap wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata demikian menambah, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar kerana mencadangkan nama Awang Bemee sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.

“Kita ucap tahniah kepada Awang Bemee kerana telah diberikan kepercayaan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri untuk dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Methanol Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu di Dewan Negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan Awang Bemee sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan berkenaan dan disokong oleh Menteri Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Awang Bemee menjadi rakyat Sarawak yang keempat memegang jawatan berkenaan selepas Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Abang Muhideen (1988-1990), Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (19 Jun 2023-19 Januari 2024) dan Datuk Mutang Tagal (19 Februari 2024 – 10 Mei 2024). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan