Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto Alex Teo (TVS)

Terima kasih Chong, jalankan tanggungjawab sebagai MP – Dr. Sim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Julai: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian secara sinis berterima kasih kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen kerana memperjuangkan penyaluran peruntukan RM100 juta untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah serta klinik daif di Sarawak.

Ujar Dr. Sim, Chong telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen sungguhpun isu tersebut dijadikan sebagai permainan politik oleh pihak pembangkang.

“Memandangkan peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, maknanya beliau telah menjalankan tanggungjawabnya meskipun pada asalnya perkara tersebut bukan satu isu yang perlu dipolitikkan. Saya anggap mereka tidak ada isu untuk berpolitik serta ia dijadikan satu publisiti buat mereka.

“Saya hanya menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak belum lagi menerima peruntukan yang disalurkan daripada kerajaan pusat,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Stampin itu yang berkata peruntukan tersebut telah disalurkan Kementerian Kewangan (MoF) kepada JKR Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak di Wisma SABATI di sini hari ini.

Terdahulu pada 14 Julai lalu, Dr. Sim ketika ditemui media berkata Kerajaan Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana yang diperuntukkan untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah serta klinik daif di negeri ini.

Tambah Dr. Sim yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), hubungan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan kekal utuh sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pada 2022 selepas tiada satu parti memegang kerusi majoriti mudah dalam Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Semalam, Chong menerusi satu kenyataan berkata peruntukan itu telah disalurkan oleh MoF kepada JKR Sarawak yang akan menjadi agensi pelaksana setelah berhubung kepada kementerian itu di Parlimen minggu lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan