Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Pengelakan cukai agresif atau penghindaran cukai oleh individu dengan pendapatan bersih yang tinggi boleh menjejaskan keadilan sistem cukai, yang membawa kepada pengurangan keberkesanan cukai progresif," menurut Deklarasi Menteri G20 mengenai Kerjasama Cukai Antarabangsa.Foto: AFP

G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan

ByBernama

ISTANBUL, 27 Julai: Kumpulan 20 atau G20 berkata pada Jumaat bahawa kumpulan itu bersetuju untuk berusaha memastikan golongan kaya-raya di seluruh dunia dikenakan cukai dengan berkesan, namun tidak mengulas lanjut mengenai kaedahnya, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kumpulan itu berkata adalah penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.

“Pengelakan cukai agresif atau penghindaran cukai oleh individu dengan pendapatan bersih yang tinggi boleh menjejaskan keadilan sistem cukai, yang membawa kepada pengurangan keberkesanan cukai progresif,” menurut Deklarasi Menteri G20 mengenai Kerjasama Cukai Antarabangsa.

“Tiada sesiapa yang sepatutnya dapat mengelak cukai…Oleh itu, usaha yang lebih besar perlu dilakukan untuk memastikan pematuhan penuh terhadap kewajipan cukai domestik,” tambahnya.

Walaupun terdapat konsensus untuk mengenakan cukai kepada golongan kaya-raya, mekanisme untuk mencapai matlamat itu masih kabur.

“Setiap bidang kuasa harus bekerja secara autonomi atau, jika perlu, melalui inisiatif pembinaan kapasiti untuk meningkatkan keberkesanan kutipan hasil cukai, yang hari ini boleh dikenakan berdasarkan undang-undang domestik,” kata kumpulan itu.

“Kerjasama boleh melibatkan pertukaran amalan terbaik, menggalakkan perbincangan mengenai prinsip cukai dan merangka mekanisme antipengelakan, termasuk menangani amalan cukai yang berpotensi berbahaya,” tambahnya.

Negara-negara anggota berkata mereka akan terus membincangkan isu itu dalam G20 dan forum lain yang berkaitan, bergantung pada input teknikal organisasi antarabangsa yang relevan, akademia dan pakar yang berkaitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan