Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan aliran trafik lebuh raya Kuala Lumpur-Karak arah ke Pantai Timur. Foto fail, Bernama.

Dewan Negara: Had laju sedia ada di lebuh raya dikekalkan – Alexander Nanta

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak bercadang untuk memperkenalkan had laju minimum baharu berikutan had laju semasa mengikut kesesuaian pemanduan di Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, geometri lebuh raya direka bentuk berdasarkan had laju 120 kilometer (km) sejam atau 100 km sejam.

Namun jelas beliau had laju yang diwartakan adalah lebih rendah iaitu 110 km sejam atau 80 hingga 90 km sejam.

“Sebagai contoh bagi lebuh raya antara bandar seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT), had laju reka bentuk adalah 120 km sejam namun had laju yang diwartakan adalah 110 km.

“Bagi lebuh raya dalam bandar seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), had laju reka bentuk adalah 100 km sejam dengan had laju yang diwartakan adalah 90 km sejam.

“Had kelajuan di lebuh raya antara bandar dan lebuh raya dalam bandar pada masa ini adalah memadai dan bersesuaian dengan keadaan pemanduan di Malaysia,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Manolan Mohamad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan had laju minimum untuk mengawal kesesakan di lebuh raya.

Jelas beliau, setiap laluan lebuh raya dipaparkan papan tanda had laju sebagaimana yang diwartakan mestilah dipatuhi oleh pemandu.

Dalam pada itu Alexander Nanta memaklumkan faktor yang menyumbang kepada kesesakan di lebuh raya berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan sehingga melebihi kapasiti.

“Ini terutamanya pada waktu puncak atau musim perayaan dan kerajaan telah melaksanakan pengaktifan SmartLane di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya terlibat bagi menyuraikan aliran trafik di samping melakukan kempen kesedaran di media sosial untuk memberikan pendedahan serta amalan terbaik sewaktu memandu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan