Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan rombongan mengadakan pertemuan bersama pihak LOTTE Energy Materials di Seoul, Korea.

LOTTE Energy Materials ingin kembangkan pelaburan di Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SEOUL, 31 Julai: Syarikat pembekal utama bahan bateri global, LOTTE Energy Materials yang berpangkalan di Seoul, Korea berhasrat mengembangkan pelaburan di Sarawak.

Perkara itu disampaikan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi Sarawak ke negara itu bagi mengadakan perbincangan dengan LOTTE Energy Materials.

Naib Presiden Kanan LOTTE Energy Materials, Park Ingoo mendedahkan rancangan mereka untuk melabur di Sarawak dengan modal berjumlah RM1.2 bilion serta meyakini potensi pelaburan tambahan kepada RM2.5 bilion.

“LOTTE Energy Materials, pembekal utama bahan bateri termaju, telah menubuhkan kilang di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, Kuching untuk mengeluarkan Elecfoil, yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan sistem penyimpanan tenaga.

“Walaupun ketidaktentuan global, LOTTE Energy Materials merancang mengembangkan perniagaan di Sarawak, menjadikan negeri ini hab utama bagi bahan bateri termaju,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, peluasan ini dijangka menjana lebih 200 pekerjaan baharu, menyokong pertumbuhan industri dan ekonomi tempatan, serta mencerminkan komitmen mereka terhadap pembangunan wilayah dan peluang ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan