Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai delegasi Kementerian Pertanian, dan Kerjaminan Makanan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Cadang Stesen Kerbau Meragang diperbesar, jadi kawasan penternakan nasional – Mohamad Sabu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Ogos: Stesen Kerbau Meragang Lawas berpotensiĀ sebagai kawasan penternakan kerbau contoh di peringkat nasional, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut Mohamad Sabu, kementeriannya akan mengkaji keperluan bagi menyediakan sokongan tambahan untuk memperbesarkan kawasan stesen berkenaan.

ā€œDi sana kita telah kerjasama dengan beberapa universiti dan selepas ini kita akan melihat untuk memberi sokongan tambahan untuk memperbesarkan lagi kawasan kerbau di Meragang,ā€ katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, usaha lain adalah denganĀ membantu menambah jumlah kerbau sedia ada bagi meningkatkan pengeluaran susu.

ā€œPengeluaran setiap seekor kerbau dianggarkan adalah 15 liter susu. Di Meragang ada 300 ekor kerbau…Dengan itu kita akan cuba untuk membantu pembiakan kerbau tenusu ini bagi meningkatkan hasil pengeluarannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas berhubung kunjungan hormat hari ini, Mohamad Sabu berkata iaĀ bertujuan untuk menjemputĀ Abang Johari untuk menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang.

ā€œPremier Sarawak menyatakan persetujuan untuk hadir dalam program yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ā€œSempena penganjuran MAHA, kita akan mengadakan jelajah bermula 8 hingga 11 Ogos dari Brunei, seterusnya ke Lawas untuk melihat ternakan kerbau di Meragang.

ā€œKemudian kita akan melihat padi bukit dan diikuti program bersama nelayan di Miri,ā€ katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan