Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh, terbunuh dalam satu serangan di ibu kota Iran, Tehran bersama seorang pengawal peribadinya, menurut Pengawal Revolusi Iran pada Rabu. Foto AFP

Dewan Negara: Malaysia bimbang pembunuhan Haneyah cetus konflik lebih besar

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Malaysia bimbang pembunuhan tokoh pejuang Palestin, Ismail Haneyah akan menyebabkan pelbagai implikasi yang sangat besar terhadap keamanan dan kestabilan keselamatan global.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembunuhan itu berkemungkinan akan mencetuskan konflik yang lebih besar dan melebarkan lagi peperangan di Gaza.

Kata beliau, perkara itu tidak boleh ditolak kerana pembunuhan berkenaan telah secara langsung menyumbang kepada the escalation of the war.

“Ia telah menjadikan prospek perang Gaza membarah dan mengheret pelbagai negara di Timur Tengah ke kancah peperangan.

“Keadaan di Timur Tengah pada waktu ini sangat meruncing dan amat sukar untuk dibendung daripada merebak setelah pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin utama Palestin.

“Negara yang terdampak pasti akan bertindak balas dengan lebih keras setelah kedaulatannya tercabar dengan tindakan pembunuhan secara terancang di dalam sempadan negara yang berdaulat,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Malaysia semalam mengutuk sekeras-kerasnya serta menggesa siasatan segera dan menyeluruh dibuat terhadap pembunuhan Ismail mahu mereka yang bertanggungjawab dalam perkara itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu Mohamad berkata tindakan pembunuhan ini adalah sangat jelas membuktikan bahawa ada pihak yang tidak berminat untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas serta tidak mahu mewujudkan keamanan yang kekal.

“Yang terbunuh kali ini bukan sahaja sekadar pimpinan utama Palestin, tetapi prospek untuk keamanan. It is the death of peace, dengan izin,” katanya.

Malaysia pada masa sama jelas beliau melihat usaha gencatan senjata sukar untuk diteruskan apabila pemain dan perunding utama gencatan senjata tersebut dibunuh dengan kejam.

“Semua ini jelas menunjukkan matlamat sebenar regim Zionis Israel iaitu meneruskan agenda ‘genocide’, keganasan dan kezaliman di luar batasan terhadap rakyat Palestin,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan