Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis. Foto hiasan Envato

Individu tular berkas lelaki guna senjata api disahkan anggota polis

ByBernama

GEORGE TOWN, 2 Ogos: Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu sedang menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes menghalang dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam di kawasan Relau kira-kira 5.45 petang, Rabu lepas.

“Suspek telah bertindak agresif serta cuba melarikan diri dan hampir melanggar anggota polis yang berada di lokasi namun telah berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemukan satu bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai jenis heroin dianggarkan seberat 10.35 gram (g).

Beliau berkata sehari sebelum itu, suspek sama telah melanggar seorang anggota polis ketika hendak melarikan diri daripada ditahan hingga menyebabkan kecederaan kepada anggota terbabit.

Lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular klip video berdurasi 53 saat memaparkan seorang individu yang mendakwa dirinya anggota polis menggunakan senjata api bagi memberkas seorang lelaki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan