Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan keselamatan dan penduduk kampung mengangkat mayat mangsa. Foto APM Tanjung Manis

Lelaki OKU hilang ketika memancing ditemui meninggal dunia

TANJUNG.MANIS, 2 Ogos: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang dilaporkan hilang ketika memancing berhampiran rumahnya di Kampung Jerijeh, semalam ditemui meninggal dunia.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tanjung Manis, Lt (PA) Md Azan Sadie berkata mayat mangsa ditemui terapung dan tersangkut di dahan pokok nipah oleh penduduk kampung kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Menurutnya, ketika dijumpai mangsa dikenali sebagai Kassim Ahmad,31, masih lengkap berpakaian sebelum memaklumkan penemuan itu kepada anggota keluarga mangsa.

“Penduduk kampung memulakan operasi pencarian di sepanjang parit yang dipercayai lokasi terakhir mangsa sebelum dilaporkan hilang.

“Ketika itu, mereka sedang memasang jaring dalam jaring dalam parit berkenaan sebelum ternampak mayat mangsa terapung dan tersangkut di dahan pokok nipah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diangkat ke darat oleh anggota polis dengan bantuan penduduk sebelum dibawa ke Masjid Kampung Jerijeh.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan keluar untuk memancing di kawasan parit yang terletak kira -kira 500 meter dari rumahnya.

Kali terakhir mangsa keluar dengan berpakaian baju merah dan berseluar merun dan bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang.

Anggota keluarga yang bimbang dengan kehilangannya kemudian membuat laporan sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan