Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar Lori Rigid di Kilometer 33 Jalan Pan Borneo Miri/Bintulu petang semalam. Foto IPD Bintulu

Lelaki maut, motosikal ditunggang langgar lori di PAN Borneo Miri – Bintulu

BINTULU, 8 Ogos: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar lori rigid di Kilometer 33 Jalan Pan Borneo Miri – Bintulu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian 5.57 petang itu, mangsa berusia 32 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y16ZR mengalami kecederaan parah di kepala.

Jelas beliau mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku semasa pemandu lori rigid dalam perjalanan dari Miri menghala ke rumah di Kilometer 33.

“Apabila sampai di simpang hadapan rumah semasa dalam proses memasuki simpang, lori berkenaan telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu lori rigid tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau lokasi kejadian merupakan jalan sehala dan lurus selain keadaan jalan kering dan cuaca baik.

“Kes disiasat di bawah Akta Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan