KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Normah Medical Specialist Centre (NMSC) melakar kejayaan kali kedua memenangi anugerah di ‘The Brandlaureate Best Brands Awards’serta diiktiraf sebagai jenama yang konsisten dalam kategori ‘Most Sustainable Brand’.
Ketua Pegawai Operasi NMSC, Vesmawati Jaffar berkata, Normah Medical Specialist Centre kekal komited menyampaikan perkhidmatan terbaik sejak lebih tiga dekad beroperasi dan periktirafan itu mencerminkan hasil daripada usaha mereka dalam memastikan kesejahteraan yang disediakan kepada masyarakat.
“Perasaan amatlah bangga dan berbesar hati kerana telah dianugerahkan anugerah ini selepas 36 tahun kita beroperasi di negeri Sarawak.
“Ini adalah sebenarnya pengiktirafan kepada masyarakat,” latanya ketika ditemui TVS selepas Majlis ‘The Brandlaureare Best Brands Awards 2023 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis.
Vesmawati menyakini Normah Medical Specialist Centre akan mengekalkan dan menambah baik perkhidmatan di hospital berkenaan bagi keselesaan para pesakit selain memastikan perkhidmatan sedia ada dalam keadaan terbaik disampaikan kepada masyarakat terutama rakyat Sarawak.
“Harapan kita adalah untuk mengekalkan dan juga meningkatkan servis kita kerana fokus kita sentiasa untuk pesakit-pesakit kita.
“Jadi, kami berharap kami akan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya lagi.
Normah Medical Specialist Centre (NMSC) ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah beroperasi selama 36 tahun di Sarawak. – TVS