Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam acara simbolik memotong kek ulang tahun ke-30 penubuhan Sarawak Skills. Foto Regina Lee (TVS)

Sarawak Skills rai 30 tahun kecemerlangan dalam latihan vokasional

ByRegina Lee

KUCHING, 23 Ogos: Institusi latihan vokasional terkemuka, Sarawak Skills meraikan ulang tahun ke-30 dengan memperingati tiga dekad komitmen terhadap pendidikan dan pembangunan kemahiran di Sarawak.

Pengerusi Sarawak Skills, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain berkata, institusi yang bermula sebagai inisiatif perintis dengan visi untuk meningkatkan latihan vokasional di Sarawak itu telah berkembang menjadi asas kepada landskap pendidikan dan perindustrian di wilayah ini.

“Sarawak Skills bermula pada tahun 1994 dengan hanya beberapa kursus pendek, tetapi sejak itu telah berkembang untuk menawarkan 13 program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk lepasan sekolah dan pelbagai program peningkatan kemahiran, sejajar dengan permintaan industri dan agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) Kerajaan Sarawak.

“Sejak penubuhannya, institusi ini telah melatih dan melahirkan lebih daripada 77,000 individu melalui pelbagai program peningkatan kemahiran, kursus TVET serta program akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-30 Sarawak Skills di Hote Riverside Majestic, hari ini.

Majlis itu juga menyoroti beberapa pencapaian utama institusi tersebut pada tahun 2024, termasuk menjadi satu-satunya institusi bertauliah untuk Program Kimpalan Bawah Air dan Operasi Memotong di Malaysia yang menempatkan pelatih di seluruh negara di Sarawak Skills Miri.

Selain itu, Sarawak Skills telah menubuhkan cawangan Sri Aman awal tahun ini dan pengambilan pertama bagi Kursus Elektrik dan Perladangan adalah pada Oktober depan.

Dalam pada Sarawak Skills mengorak langkah ke masa depan, beliau memperkenalkan visi baharu untuk institusi tersebut bertajuk ‘TVET Trendsetter’ yang bertujuan untuk meneruskan legasi kecemerlangan dalam latihan vokasional dan pembangunan kemahiran.

“Sarawak Skills bersedia untuk terus memainkan peranannya sebagai peneraju dalam latihan vokasional dan pembangunan kemahiran.

“Bersama-sama, kita telah membina warisan kecemerlangan yang akan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan