Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir futsal di antara Sarawak dan Selangor di sini, hari ini. Foto TVS

SUKMA 2024: Sarawak tambah dana insentif untuk atlet berkumpulan

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 23 Ogos:  Insentif bagi atlet berkumpulan seperti futsal tidak akan kurang daripada jumlah RM1,000 seorang, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu berkata fomula pemberian insentif itu melibatkan tambahan dana yang disalurkan Kerajaan Sarawak.

“Jika menduduki tempat kedua, insentifnya adalah RM5,000 dan dibahagikan kepada 10 orang, mereka akan mendapat RM500 seorang.

“Dana tersebut akan ditambah oleh Kerajaan Sarawak menjadikan RM1,000 seorang. Ia tidak akan kurang dari RM1,000 dan begitulah formulanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir futsal SUKMA Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, penambahan dana dari Kerajaan Sarawak juga turut dilaksanakan kepada atlet berkumpulan yang memenangi emas dan gangsa.

Dalam perlawanan akhir futsal di antara Sarawak dan Selangor yang berlangsung hari ini, Sarawak menamatkan permainan dengan cemerlang di tempat kedua.

Kejayaan itu menjadikan Sarawak meraih pingat perak dan insentif RM5,000 untuk pasukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan