SRI AMAN, 24 Ogos: Skuad tinju Sarawak mencapai sasaran Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) dengan meraih empat pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, selain merangkul empat pingat perak dan tiga pingat gangsa yang membawa jumlah keseluruhannya adalah 11 pingat emas.
Penolong Chef-De-Mission (ACDM) bagi sukan tinju, Datuk Snowdan Lawan berkata, kemenangan yang diraih mereka telah menyumbang kepada kutipan emas keseluruhan Sarawak yang mensasarkan menjadi juara keseluruhan pada edisi kali ini dan menamatkan badi tanpa kejuaraan sejak 30 tahun lalu.
âWalaupun kesemua atlet Sarawak adalah muka baharu, namun dengan persiapan yang rapi yang diajar oleh barisan jurulatih membolehkan Sarawak mencapai kejayaan.
âSaya berpandangan dengan tunjuk ajar serta pengalaman yang mereka peroleh pada SUKMA kali ini membolehkan mereka mengaplikasikan pengalaman mereka pada temasya SUKMA akan datang di Selangor pada 2026,â katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman di sini, malam tadi.
Empat pingat emas yang diraih mereka adalah menerusi Clarkson Evans Tom Frankie (48kg), Frederick Xian Bartholomew Albern (57kg), Gideon Riquelme Jonathan (75kg) dan Hamiesha Hamdan (57kg wanita).
Manakala empat pingat perak pula berjaya diraih oleh Lam Wee Liang (60kg), Anderton Teck Hieng Tie (67kg), Patricia Jaquilina Bruce (48kg wanita) dan Clavia Charlene Sudang Kenedy (52kg wanita).
Tiga pingat gangsa Sarawak dimiliki oleh Khairil Hazami Sulam (54kg), Bradley Jilan Kennedy (86kg) dan Aidith Aqida Abdullah (+86kg).
Walaupun mereka mensasarkan juara keseluruhan pada acara terbabit namun terpaksa akur dengan kekuatan kontinjen Pulau Pinang yang berjaya meraih lima pingat emas dan satu pingat gangsa dan sekali gus menjadi juara keseluruhan pada edisi kali ini. – TVS