Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang-Kuantan di sini semalam. Foto Polis Trafik Kuantan (FB)

Dua lelaki maut kereta rempuh belakang lori

ByBernama

KUANTAN, 25 Ogos: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang-Kuantan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kemalangan sekitar 10 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Waja Zulkifli Mohamad, 43, dan penumpang hadapan Mohd Hairul Azlin Samud, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika Zulkifli yang bekerja sebagai mekanik dan Mohd Hairul bekerja di kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

“Ketika di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan